Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AI ancam berjuta-juta pekerjaan di Korea Selatan

    SEOUL, 16 NOV – Hampir empat juta pekerjaan di Korea Selatan berisiko digantikan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh 20 tahun akan datang, menurut satu kajian bank pusat yang dikeluarkan hari ini.

    Teknologi AI yang berkembang pesat telah menimbulkan kebimbangan global mengenai segala-galanya, daripada kehilangan pekerjaan dan serangan siber kepada manusia yang kehilangan kawalan ke atas sistem yang mereka cipta.

    Kajian baharu Bank of Korea menyatakan bahawa kira-kira 3.9 juta pekerjaan di Korea Selatan berada pada risiko apabila penggunaan AI berkembang di dalam negara itu, dengan golongan doktor, peguam, akauntan dan ahli kimia antara profesion yang paling terancam.

    “Pekerja berpendapatan tinggi dengan latar belakang akademik tinggi menghadapi risiko yang lebih besar daripada AI dan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk digantikan,” kata kajian itu.

    Pekerja kolar putih ini paling terancam kerana AI dapat dengan mudah menjalankan tugas analitik dan kognitif mereka, tambahnya.

    Golongan yang paling kurang berkemungkinan kehilangan pekerjaan mereka kepada teknologi yang semakin maju adalah mereka yang berada dalam bidang keagamaan, perkhidmatan makanan dan pengajaran, menurut kajian tersebut. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda