Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    AI guna swafoto ramal umur, jangka hayat pesakit kanser

    WASHINGTON, 9 MEI – Pemeriksaan kesihatan sering dimulakan dengan ‘ujian mata kasar’, penilaian segera sama ada pesakit kelihatan lebih tua atau muda daripada umur sebenar mereka, yang boleh mempengaruhi keputusan perubatan penting.

    Penilaian intuitif itu berpotensi untuk ditingkatkan dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

    FaceAge, satu algoritma pembelajaran mendalam yang diperkenalkan dalam The Lancet Digital Health kelmarin, menukar gambar wajah mudah kepada satu nombor yang lebih tepat mencerminkan umur biologi seseorang berbanding tarikh lahir mereka di carta perubatan.

    Menggunakan berpuluh ribu foto, FaceAge mendapati pesakit kanser secara purata kelihatan lima tahun lebih tua secara biologi berban-ding rakan sebaya yang sihat.

    Penulis kajian ini berkata alat ini boleh membantu doktor menentukan siapa yang mampu menjalani rawatan intensif dan siapa yang lebih sesuai dengan rawatan lebih lembut.

    Gambar Freepik

    “Kami mengandaikan FaceAge boleh digunakan sebagai penanda biologi dalam rawatan kanser untuk mengukur umur biologi pesakit dan membantu doktor membuat keputusan sukar,” kata pengarang bersama kajian, pakar onkologi di Mass Brigham Health, Dr Raymond Mak.

    Dua orang pesakit yang berusia 75 tahun yang bertenaga dengan umur biologi 65 tahun dan seorang lagi berusia 60 tahun yang lemah dengan umur biologi 70 tahun. Perkara ini disebabkan oleh rawatan radiasi agresif berkemungkinan sesuai untuk individu pertama tetapi berisiko bagi yang kedua.

    Kajian menunjukkan manusia menua pada kadar berbeza, dipengaruhi oleh genetik, tekanan, senaman dan tabiat seperti merokok atau minum alkohol.

    Walaupun ujian genetik mahal boleh menunjukkan bagaimana DNA berubah mengikut masa, FaceAge memberi pandangan hanya dengan satu swafoto.

    Model tersebut dilatih dengan 58,851 potret orang dewasa sihat berusia lebih 60 tahun daripada set data awam. Ia kemudian diuji ke atas 6,196 pesakit kanser di AS dan Belanda menggunakan gambar sebelum mereka menjalani radioterapi.

    Pesakit kelihatan secara biologi lebih tua 4.79 tahun daripada umur sebenar.

    FaceAge juga meningkat ketepatan doktor. Lapan doktor diminta menilai foto pesakit kanser tahap akhir dan meneka siapa yang akan meninggal dunia dalam tempoh enam bulan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda