BAIDU, 1 Ogos – Syarikat gergasi pencarian dalam talian China, Baidu hari ini berkata untung bersih syarikat berkenaan bagi suku kedua (S2) melonjak 45 peratus, yang dijana oleh pertumbuhan dalam aplikasi berita peribadi dan projek kecergasan buatan (AI)
Firma itu telah mencatatkan pendapatan bersih bagi bulan April hingga Jun sebanyak 6.4 bilion yuan.
“Kami mempunyai suku yang kukuh pada S2 dengan carian mempamerkan pertumbuhan pendapatan yang mantap, didorong oleh keupayaan kewangan yang dikuasakan oleh AI dan suapan Baidu meneruskan momentum kewangan dan laluan yang kukuh,” menurut pengerusi dan ketua pegawai eksekutif, Robin Li.
Syarikat yang berpangkalan di Beijing itu berkata pendapatan keseluruhannya meningkat 32 peratus dan kira-kira tiga perempat keuntungannya datang dari pendapatan mudah alih.
Aplikasi Baidu, yang menawarkan suapan berita dan pencarian, menyaksikan pengguna aktif harian meningkat 17 peratus setahun kepada 148 juta pada Jun lalu.

“Aplikasi mudah alih Baidu menunjukkan trend pengaktifan dan pengguna sihat. Kami masih menyaksikan pengewangan tinggi terhadap potensi Baidu dalam enam hingga 12 bulan akan datang,” kata penganalisis CICC, Natalie Wu, dipetik Bloomberg News.
Baidu telah mencuba untuk mengatur semula kedudukannya daripada kebergantungan berat dalam perniagaan enjin pencarian kepada teknologi yang digunakan dalam AI, di mana kerajaan China mahu negaranya menjadi pendahulu dalam bidang itu.
Sidang pemaju AI Baidu pada Julai mempamerkan pengemaskinian Baidu Brain, yang menjadi dasar bagi perkhidmatan AI dan DuerOS iaitu sistem perbualan AI, melanjutkan usahanya dalam pembangunan teknologi AI. – AFP