Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AIA anjur acara larian untuk kumpul dana

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Sempena dengan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40, AIA Brunei akan mengadakan AIA One Billion Run sebagai sebahagian daripada inisiatif global mereka.

    Perkara ini diketengahkan semasa sidang media bertempat di Ibu Pejabat AIA, Pavo Point, Bandar Seri Begawan.

    Acara larian AIA One Billion yang akan diadakan di Jerudong Park pada 10 November bertujuan untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Learning Ladders Society dan Smarter Brunei serta meningkatkan kesedaran tentang sokongan yang diperlukan oleh mereka yang didiagnosis dengan autism.

    Semasa sidang media berkenaan, Country Manager, Kenneth Ling berkongsi maklumat mengenai inisiatif global AIA dan AIA One Billion yang mana ia adalah suatu cita-cita besar AIA untuk melibatkan satu bilion peserta untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama, dan lebih baik menjelang 2030.

    Sebagai syarikat insurans terbesar di Asia Pasifik, AIA memulakan gerakan ini untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan individu serta membantu mewujudkan masa depan yang lebih mampan di Asia.

    Sidang media juga memberikan maklumat mengenai larian berkenaan yang disampaikan oleh Cecilia Phan, Ketua Pengedaran untuk AIA Brunei. Semua proses pendaftaran dan sumbangan yang terlibat dalam larian ini akan dilakukan secara digital di mana pemindahan wang melalui perbankan dalam talian akan menjadi kaedah pembayaran awal sementara pembayaran menggunakan kad juga turut diterima.

    Pendaftaran akan ditutup pada 18 Oktober, manakala sumbangan akan diterima sehingga 6 November. Maklumat lanjut boleh didapati di pautan http://aobrun2024.com.

    Turut hadir semasa sidang media ialah wakil dari Learning Ladders, Hirman Haji Abu, dan wakil dari Smarter Brunei, Noorussa’adah Haji Abdul Rani.

    Sidang media yang diadakan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda