Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Aice pikat cita rasa rakyat Indonesia

    JAKARTA – Hidup di kawasan tropika, rakyat Indonesia berasa sangat panas menghadapi cuaca terik. Aice, jenama aiskrim terkenal di negara ini, menyejukkan tekak dan membawa kegembiraan.

    Di Mojokerto, sebuah daerah kecil di Surabaya, bandar kedua terbesar di Indonesia, pasukan jualan ais krim berulang-alik melalui jalan-jalan dan lorong setiap hari.

    Dengan pasukan itu, Yusuf Afat, yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19, kembali sibuk.

    “Aice memberi saya sokongan dan harapan ketika saya berada dalam masa yang paling sukar. Kini saya boleh memperoleh 300,000 rupiah (kira-kira AS$19.44) daripada penjualan aiskrim setiap hari, dan pendapatan bulanan saya beberapa kali ganda gaji minimum tempatan di Mojokerto,” kata Yusuf.

    Sejak Aice, sebuah syarikat ais krim yang dibiayai oleh China, memasuki pasaran Indonesia lapan tahun lalu, ia telah menubuhkan tiga kilang dan sistem pengurusan operasi dan logistik rantaian sejuk yang lengkap, meliputi pengeluaran dan peruncitan.

    Gambar oleh Xinhua
    Gambar oleh Xinhua
    Gambar oleh Xinhua

    Aice mengambil bahagian dalam perumusan piawaian industri aiskrim dan telah menjadi jenama terkemuka dalam pasaran aiskrim Indonesia.

    Berkembang bersama-sama penduduk tempatan, Aice telah melancarkan program untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, terutamanya membantu mereka yang menganggur dengan pasukan jualan aiskrim berbasikal.

    Menurut Wang Jiacheng, ketua pegawai eksekutif Kumpulan Aice, syarikat itu telah mewujudkan sejumlah 20,000 pekerjaan untuk penduduk tempatan, dengan pekerja tempatan menyumbang 96.1 peratus.

    “Persekitaran kerja di sini bagus, imbuhannya bagus dan awda boleh mempelajari pengetahuan dan kemahiran baharu di sini,” kata Suhendra, ketua pasukan bahagian pengeluaran kilang Aice di Mojokerto. “Saya bangga bekerja di sini.”

    Dengan salah satu program, meningkatkan pendapatan kedai-kedai kecil dan sederhana, Aice menyediakan peti sejuk beku kepada kedai koperasi secara percuma untuk mereka menjual ais krim.

    Sehingga Oktober tahun ini, Aice telah menyediakan ratusan ribu peti sejuk beku kepada kedai-kedai kecil dan sederhana di seluruh Indonesia.

    Sebagai salah seorang penerima manfaat itu, pemilik kedai berusia 24 tahun, Andy Setiawan melunaskan hampir separuh daripada tuisyen kolejnya dengan pendapatannya daripada menjual ais krim Aice. Tidak termasuk yuran elektrik, dia masih memperoleh hampir 2 juta rupiah (kira-kira AS$129.6) setiap bulan.

    Tidak jauh dari kedai Andy, Yadi dan suaminya mengusahakan sebuah kedai kecil yang merupakan rakan kongsi Aice lima tahun lalu.

    “Jenama ini agak popular dengan kualiti tinggi dan harga yang berpatutan, dan ia benar-benar menguntungkan. Ia adalah salah satu barangan terlaris di kedai kami,” kata Yadi. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...