Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aidil Sharin mahu pemain cepat sesuaikan diri

    ALOR SETAR, 29 DIS – Pemain pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) perlu segera menyesuaikan diri dalam keadaan semasa sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

    Ketua Jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak berkata susulan penularan COVID-19 ketika ini agak sukar untuk skuad Lang Merah itu mendapatkan perlawanan ujian dengan pasukan luar yang kebiasaannya diadakan sebagai persediaan pasukan.

    “Kita perlu rancang dan sesuaikan diri dengan keadaan semasa dengan cepat, pasukan kena ada pelan A dan B, dengan situasi pandemik COVID-19 ini bukan senang nak dapat perlawanan ujian dengan pasukan luar.

    “Masih ada kawasan yang belum zon hijau, jadi kena sesuaikan keadaan dan mana yang mampu, kami akan atur perlawanan, yang penting apabila beraksi, harus gunakan sepenuhnya peluang itu untuk persediaan kami,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook KDA FC, hari ini.

    Bagaimanapun, Aidil Sharin optimis KDA FC mampu melakukan yang terbaik pada musim depan dengan tumpuan akan diberikan untuk memperbaiki prestasi musim lepas.

    Beliau turut melihat peluang semua pasukan dalam Liga M musim depan adalah seimbang memandangkan mereka turut melakukan persiapan rapi dalam memperkuatkan jentera masing-masing. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda