Wednesday, November 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aidil Sholeh berkorban demi negara dan impian

    KUALA LUMPUR, 5 MEI – Tatkala umat Islam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang, lain pula bagi pemain perseorangan muda lelaki Malaysia, Aidil Sholeh Ali Sadikin.

    Aidil Sholeh terpaksa melakukan pengorbanan besar dengan melupakan nikmat sambutan Aidilftri buat julung kalinya demi tugasan untuk Malaysia tercinta pada Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand yang dijadual bermula 8 hingga 15 Mei ini.

    Bagaimanapun, pemain dari Selangor itu mengakui cabaran tersebut jelas tidak melunturkan semangatnya untuk beraksi pada kejohanan badminton berpasukan berprestij dunia walaupun buat pertama kali terpaksa berjauhan dengan keluarganya di hari lebaran.

    Aidil Sholeh yang berada di ranking ke-100 dunia, sedia berdepan cabaran dalam merebut slot perseorangan ketiga negara di Piala Thomas. 

    Selain Aidil Sholeh, kem perseorangan lelaki Malaysia di Piala Thomas 2022 akan diketuai juara Kejohanan Badminton Asia 2022, Lee Zii Jia diikuti Ng Tze Yong, Leong Jun Hao dan Liew Daren. – Bernama

    Aidil Sholeh, berada di ranking ke-100 dunia gigih berlatih bagi persiapan Piala Thomas 2022. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda