Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Aidilfitri disambut meriah di Sabah

    KOTA KINABALU, 10 APRIL – Kemeriahan sambutan Aidilfitri di Sabah tahun ini seperti sebelumnya disambut bersama penduduk berbilang latar belakang dengan ramai pihak tidak kira individu, syarikat swasta atau kerajaan akan menganjurkan tradisi amalan rumah terbuka.

    Pada hari pertama hari ini, kebanyakan umat Islam di Sabah memilih untuk menyambut Aidilfitri dengan meriah bersama keluarga dan sanak saudara, selain mengadakan aktiviti kunjung mengunjung keluarga mereka.

    Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 5,000 umat Islam di Masjid Negeri di sini.

    Namun, seperti tahun-tahun sebelumnya, antara rumah terbuka yang sering dinantikan masyarakat berbilang kaum di negeri itu adalah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad ini, bermula 10 pagi hingga 2 petang.

    Seperti biasa, pelbagai jenis makanan dihidangkan kepada lebih 20,000 tetamu yang dijangka hadir dan mereka juga akan dihiburkan oleh persembahan artis jemputan.

    Sabah juga bakal mengadakan Rumah Terbuka Kerajaan MADANI dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Malaysia pada 20 April ini. – Bernama

    Tun Juhar Mahiruddin bersama Hajiji bersalam dengan orang ramai ketika hadir sembahyang Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...