Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aidilfitri diwarnai tradisi kunjung-mengunjungi

    Oleh Azlan Othman –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Brunei yang kini memasuki hari kelima terus meriah diraikan dengan kunjungan sanak saudara, sahabat handai dan kenalan untuk mengeratkan lagi hubungan.

    Ke arah itu, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan isteri telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka yang dihoskan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit dan Pengiran Datin di Jerudong Park Polo Club.

    Di samping itu, pasangan berkenaan turut membuat kunjungan di kediaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Yussof dan isteri.

    YAM Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit dan Pengiran Datin bergambar bersama Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan isteri. – GAMBAR OLEH AZLAN OTHMAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda