Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aidilfitri erat hubungan rakan lama SRMA, AAC

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 11 MEI – Seramai 40 orang rakan lama yang merupakan bekas pelajar Sekolah Rendah Muhammad Alam (SRMA) dan Kolej Anthony Abell (AAC) berpeluang mengeratkan silaturahim semasa majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Diadakan di salah sebuah kediaman di Jalan Sungai Bakong Lumut, sambutan itu diadakan buat kali kedua oleh kumpulan yang belajar di sekolah-sekolah tersebut sebagai rakan pada 1980-an, setelah mengadakan sambutan yang sama pada tahun lepas.

    Pelbagai permainan dan nyanyian lagu tradisional Hari Raya diadakan bagi memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.

    Para alumni dan rakan-rakan yang mengambil bahagian pada majlis tersebut. – Gambar serahan Kumpulan Alumni 1980an SRMA dan AAC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda