Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Aidilfitri terus meriah dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Bulan Syawal di negara ini telah memasuki hari ke-11, namun kemeriahannya terus terasa dengan budaya kunjung-mengunjungi dan majlis rumah terbuka.

    Dalam memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, keluarga Pengiran Aidah bin Pengiran Haji Chuchu, dari Rancangan Perumahan Negara (RPN) Mentiri juga tidak ketinggalan mengadakan majlis rumah terbuka.

    Menurutnya, ini adalah peluang bagi keluarga sama ada yang jauh atau yang dekat untuk berkumpul bersama sekali gus mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan bermaaf-maafan.

    Aidilfitri merupakan hari kemenangan dan kegembiraan dalam pembersihan jiwa yang dikurniakan Allah kepada hambaNya kerana dapat menempuh ujian sebulan berpuasa serta berjaya melaksanakan ibadah yang lain secara istiqamah pada bulan Ramadan.

    Dalam budaya Melayu pula sangat menitikberatkan dalam menyantuni tetamu di mana tetamu dijamu dengan pelbagai jenis hidangan demi memastikan tetamu yang hadir dapat mengisi perut sebelum meneruskan kunjungan berhari raya di rumah yang seterusnya.

    Manakala itu, bagi anak-anak kecil pula, hari raya sangat Istimewa kerana bakal dihujani dengan pelbagai bentuk dan warna sampul raya yang berisi duit raya.

    ATAS & BAWAH: Bergambar ramai semasa berkunjung ke rumah sanak saudara menjadi satu kemestian semasa Hari Raya Aidilfitri. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...