Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ailee sah bergelar isteri ahli perniagaan

    Penyanyi Ailee kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Choi Si Hoon.

    Pasangan itu berkahwin dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Daerah Gangnam, Korea Selatan, kelmarin.

    Korea Times melaporkan, pasangan berkenaan mendaftarkan perkahwinan mereka tahun lalu dan baru melangsungkan majlis perkahwinan secara rasmi.

    Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar daripada pasangan pengantin yang berjanji akan menjaga antara satu sama lain.

    Kata Si Hoon, dia berjanji akan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dengan baik termasuk menjaga dan menyayangi Ailee sepenuh hati, lapor mStar.

    Penyanyi Korea Selatan, Ailee, kini sah bergelar isteri kepada Choi Si Hoon. – mStar

    “Saya berjanji akan melakukan yang terbaik dalam membuat kerja-kerja rumah termasuk membersihkan pinggan mangkuk dan menyediakan makanan supaya isteri tercinta (Ailee) dapat berehat dengan selesa di rumah.

    “Saya akan sentiasa menghargai dan menyayangi awak seperti anak kecil. Saya juga akan terus menghormati dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi,” kata Si Hoon.

    Dihadiri keluarga dan teman rapat, majlis perkahwinan penyanyi lagu I Will Go to You Like the First Snow ini turut diserikan dengan kehadiran rakan artis termasuk Baek Ji Young, Lee Mu Jin dan Mighty Mouth.

    Dalam pada itu, Ailee turut mendedahkan bahawa dia dan suami merancang untuk berbulan madu di Dubai dan Maldives selama 10 hari.

    Untuk info, Ailee dan Choi mengenali antara satu sama lain melalui seorang kenalan rapat dan mereka memaklumkan tentang hubungan itu pada Mei 2024.

    Pasangan ini kemudian mengumumkan perancangan untuk berkahwin pada November tahun sama dan telah mendaftar perkahwinan pada Ogos tahun lalu.

    Sementara itu, Si Hoon merupakan seorang usahawan dan pernah muncul dalam program realiti Single’s Inferno. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda