Aiman rancak kembangkan perniagaan

Biarpun sibuk dengan urusan perniagaan, penyanyi, Aiman Tino tidak sesekali mengetepikan kerjayanya sebagai penyanyi.

Apa diterokai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa demi menambah pendapatan selepas mata pencarian terhenti seketika.

Kini, Aiman dilihat rancak mengembangkan perniagaan air minuman Aimango diusahakan bersama rakan kongsi sejak beberapa bulan lalu.

“Saya tetap berkarya seperti biasa kerana ia adalah minat dan menjadi kerjaya. Saya sebenarnya sedang merancang menghasilkan single terbaharu yang berlainan genre.

“Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada pihak pengurusan jika mereka memberi ruang. Jika tiada aral, single baharu akan dilancarkan selewat-lewatnya Ogos ini.

Aiman Tino memilih cabang niaga kerana ia sebati dalam diri sebagai cara lain untuk meneruskan kelangsungan hidup berikutan pandemik COVID-19 masih belum terhenti. – Agensi

“Berikutan pandemik COVID-19 masih belum terhenti, saya harus fikir cara lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Saya pilih cabang niaga kerana ia sebati dalam diri,” katanya kepada media.

Aiman berkata, apa yang diterokanya bukan sekadar bermusim.

“Jika diizinkan Allah, saya mahu menjadi usahawan berjaya. Saya mahu mengembangkan jenama perniagaan sendiri dengan lebih luas.

“Saya mahu keluarkan pelbagai jenis minuman, selepas ini. Setakat ini, hanya ada air jagung dan mangga. Saya juga mahu membuka kilang mengeluar dan memproses air,” katanya optimis.

Berikutan perniagaan diusahakan, Aiman berkata, tidur malamnya tidak selena dahulu.

Ini kerana penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu mengakui, lebih fokus dan bertanggungjawab dalam memajukan perniagaan berkenaan.

“Sebelum ini, saya hanya membantu perniagaan makanan diusahakan keluarga. Sekarang, saya melakukannya atas usaha sendiri.

Saya tak kisah menghantar minuman sekalipun jika ada masa. – Agensi