Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Aina Abdul nafi boros

    Penyanyi Malaysia, Aina Abdul tampil memberi penjelasan berhubung kebimbangan segelintir pihak yang menganggap dia semakin boros apabila sanggup mengeluarkan bajet yang tinggi untuk setiap perkara yang dilakukan dalam bidang hiburan.

    Aina membelanjakan hampir RM300,000 untuk kos pembikinan album sulungnya, Imaji selain bayaran busana ‘ekstravaganza’ yang digayakan dalam setiap majlis.

    Aina berkata, ketika ini dia tidak berani untuk mengatakan kewangannya sudah stabil, namun percaya setiap permulaan ada pelaburan yang perlu dibuat.

    “Saya tak berani nak cakap saya sudah stabil sebab ada hari yang saya susah. Tapi saya percaya senior-senior yang saya hormati, semua bersusah dulu sebelum mereka sampai ke tahap ini.

    “Walaupun saya tidak berborak dengan mereka mengenai perkara ini, tapi saya boleh rasai keperitan dan wang ringgit yang mereka sudah labur.

    Aina kini semakin beringat dan tidak berbelanja sesuka hati. – Jomexplore.io

    “Mungkin ada antara mereka yang keluar modal berjuta untuk membina nama, jadi saya pun kena bersusah sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

    Menurut Aina, selepas sembilan tahun berkecimpung dalam industri seni, dia kini semakin beringat dan tidak berbelanja sesuka hati.

    “Sekarang ini saya makin beringat apabila nak melakukan sesuatu untuk diri sendiri. Lagipun saya tiada penasihat kewangan.

    “Kalau dulu saya langgar saja ikut tekak dan selera, tapi sekarang masih ikut tekak tapi mengikut bajet yang ada. Apa pun prinsip hidup saya bersusah waktu muda, bersenang waktu tua,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...