DUBAI, 19 NOV – Pesawat udara Boeing 737 MAX yang berdepan masalah, menang rangsangan baharu hari ini ketika syarikat penerbangan Kazakh, Air Astana berkata ia merancang untuk membeli 30 pesawat udara yang digantung operasinya pada Mac.
Pembekal AS mengumumkan perkara itu semasa Pameran Udara Dubai kelmarin yang ia telah menjual 10 daripada pesawatnya kepada SunExpress, Turki, dalam tempahan pertama firma itu sejak ia digantung operasi selepas dua kemalangan nahas yang mengorbankan 346 penumpang.
Air Astana berkata hari ini ia telah menandatangani ‘surat rasmi perniagaan’ untuk membeli 30 model 737 MAX-8, dengan tempahan itu akan dimuktamadkan beberapa bulan akan datang. Boeing berkata pesawat itu akan ‘berkhidmat sebagai tulang belakang’ pengangkutan tambang rendah baharu Air Astana, FlyArystan.
Mercu penting komersial terakhir bagi model bermasalah itu adalah pada Jun apabila Boeing mendapat surat rasmi perniagaan daripada induk IAQ, British Airways untuk membeli 200 buah pesawat itu. – AFP