Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Air berkarbonat, puasa bantu turunkan berat badan

    Minum air berkarbonat dan berpuasa sekali-sekala boleh membantu mengawal metabolisme dan menurunkan berat badan, menurut doktor dan saintis di sebalik dua kajian yang baru diterbitkan.

    Dalam satu kertas kerja yang diterbitkan dalam BMJ Nutrition Prevention & Health, Dr Akira Takahashi dari Hospital Bedah Saraf Tesseikai di Jepun berhujah bahawa air berkarbonat boleh memberi kesan kecil terhadap penyerapan glukosa dalam darah dan metabolisme serta membantu mengurangkan rasa lapar.

    Namun, air berkarbonat tidak boleh dianggap sebagai eliksir atau ramuan ajaib untuk menurunkan berat badan.

    Dr Takahashi berkata, ia sebaiknya diminum sebagai sebahagian daripada ‘diet seimbang’ dan untuk menghilangkan dahaga selepas ‘aktiviti fizikal berkala’, yang kedua-duanya merupakan komponen penting dalam pengurusan berat badan yang berpanjangan.

    Beliau turut memberi amaran bahawa terlalu banyak pengambilan air berkarbonat mungkin tidak sesuai bagi individu yang mempunyai masalah perut atau usus.

    Kajian ini selari dengan penerbitan terbaru dalam jurnal BMC Medicine oleh sekumpulan doktor di Universiti Kebangsaan Taiwan, yang menemui bukti bahawa ‘puasa berselang’ berpotensi meningkatkan kesihatan metabolik.

    Analisis meta mereka yang melibatkan kira-kira 9,000 pesakit menunjukkan bahawa puasa sekali-sekala berkemungkinan mengurangkan berat badan dengan ketara berbanding diet biasa.

    Bagaimanapun, mereka menyatakan bahawa lebih banyak kajian diperlukan untuk memisahkan kesan sebenar puasa daripada faktor lain yang mungkin menyumbang kepada penurunan berat badan dan manfaat kesihatan yang dilaporkan.

    Tahun lalu, penyelidik dari Universiti California Selatan di Los Angeles, Amerika Syarikat, menerbitkan hasil kajian yang mencadangkan bahawa berpuasa juga boleh menurunkan ‘usia biologi’ seseorang. – ANN/The Star

    Menurut kajian tersebut, air berkarbonat boleh membantu mengurangkan rasa lapar.
    Gambar Freepik

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda