Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Air France A380 mendarat cemas

     

    Gambar yang dikeluarkan pada 30 September 2017 di akaun twitter @Bdaddy1391 menunjukkan enjin yang rosak dari superjumbo Air France A380 sebelum ia membuat pendaratan kecemasan di Kanada. – AFP

    PARIS, 1 Okt – Sebuah kapal terbang Air France A380 yang membawa lebih daripada 500 orang membuat pendaratan kecemasan di Kanada semalam selepas mengalami “kerosakan serius” di salah satu enjinnya, dengan penumpang menceritakan terdengar dentuman kuat diikuti oleh gegaran.

    Video dan gambar yang disiar di media sosial menunjukkan kerosakan besar di enjin kanan luar kapal terbang, dengan sebahagian daripada penutup luar terkeluar.

    Pesawat udara berbadan lebar yang membawa 496 penumpang dan 24 krew telah berlepas dari Paris menuju ke Los Angeles dan dalam penerbangan beberapa jam apabila kejadian berlaku.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda