Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    Air France-KLM, CMA CGM jalin perkongsian

    PARIS, 18 MEI – Air France-KLM berkata hari ini ia telah menandatangani perjanjian dengan syarikat perkapalan gergasi CMA CGM, yang akan mengambil saham minoriti dalam syarikat penerbangan itu ketika ia berusaha mengatasi kerugian yang dialami semasa COVID.

    CMA CGM, berpangkalan di bandar pelabuhan Marseille, telah melihat keuntungannya meningkat semasa pandemik apabila sekatan mencetuskan gangguan ke atas rantaian bekalan global, dan mendorongnya melancarkan perkhidmatan pengangkutan udaranya sendiri pada tahun lalu. Ia mencatat pendapatan berjumlah AS$17.9 bilion pada tahun lalu disebabkan kadar pengangkutan yang tinggi sementara Air France-KLM telah mengalami kerugian AS$11.6 bilion dalam tempoh dua tahun lalu.

    Syarikat penerbangan itu mempunyai hutang berjumlah 7.7 bilion euro meskipun jaminan keluar yang dilakukan oleh kerajaan Perancis dan Belanda, yang memiliki saham minoriti dalam syarikat berkenaan. Butir-butir kewangan tidak didedahkan namun CMA CGM berkata ia akan menerima sehingga sembilan peratus saham Air France-KLM, mungkin pada mesyuarat modal akan datang dengan tujuan mengumpul sehingga empat bilion euro.

    “Perkongsian ini adalah sejajar dengan strategi CMA CGM dan cita-citanya untuk menjadi pemimpin dalam logistik bersepadu,” kata ketua eksekutif Rodolphe Saade dalam satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan