Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Air India, Indigo dibenarkan import pesawat

    NEW DELHI, 1 OGOS – Kerajaan India semalam berkata, pengawal selia penerbangan negara itu pada prinsipnya meluluskan Air India dan Interglobe Aviation, pengendali Indigo, untuk mengimport pesawat.

    Kenyataan itu dibuat oleh menteri muda penerbangan awam V.K. Singh di Dewan Negara India, Rajya Sabha.

    Kedua-dua syarikat penerbangan itu diberi kelulusan masing-masing untuk mengimport 470 dan 500 pesawat, lapor Xinhua.

    Menteri itu berkata kos untuk memperoleh pesawat ini, yang merupakan transaksi komersial antara syarikat penerbangan itu dan Pengeluar Peralatan Asal (OEM), tidak dinyatakan.

    “Ketersediaan slot parkir telah dipastikan pada masa pemberian NOC (Sijil Tiada Bantahan) untuk import sebenar pesawat. Mengikut pelan induksi syarikat penerbangan, pesawat itu dicadang diimport dalam tempoh 2023-2035,” menurut Singh.

    Berdasarkan perancangan Air India, syarikat itu mahu mengimport sejumlah 210 pesawat A320 Neo, 140 pesawat B737, 40 pesawat A350, 10 pesawat B777-9, 20 pesawat B787-9, dan 50 pesawat B737-8.

    Indigo pula merancang untuk mengimport 500 pesawat A320 Neo. – Bernama

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PHD

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Berita Berkaitan

    Reliance India hentikan import minyak mentah Rusia

    NEW DELHI, 21 NOV - Reliance Industries India kelmarin...

    30 militan terkorban dalam operasi dekat dua sempadan

    ISLAMABAD, 20 NOV - Pasukan keselamatan Pakistan membunuh 30...

    Antara kelangsungan hidup dan pendidikan

    NANDURBAR, INDIA - Setiap pagi, Ramati Mangla yang berusia...

    India, AS meterai perjanjian gas

    NEW DELHI, 17 NOV – India hari ini mengumumkan...

    Terkini

    Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PHD

    JOHOR BAHRU - Dua warga emas membuktikan usia bukan...

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...