Air India terima semula bekalan bahan api

NEW DELHI, 8 SEPT –  Penghantaran bekalan ba-han api telah disambung semula kepada Air India di enam lapangan terbang diikuti dengan perbincangan bersama pihak kerajaan, selepas penggantungan dua setengah minggu oleh syarikat-syarikat minyak kerana lewat membuat pembayaran, media tempatan melaporkan.

Bekalan bahan api kepada syarikat berkenaan telah digantung pada 22 Ogos di te-ngah laporan bahawa syarikat penerbangan kebangsaan itu menanggung hutang lebih daripada 45 bilion rupee (AS$630 juta) daripada tiga syarikat pembekal bahan api.

Berikutan rundingan itu, Air India bersetuju untuk membuat pembayaran sebanyak satu bilion rupee sebulan untuk menyelesaikahn hutang itu, jurucakap syarikat penerbangan memberitahu Press Trust of India lewat kelmarin.

Jurucakap firma minyak berkata “bekalan bahan api ke Air India disambung semula petang kelmarin.”

Syarikat penerbangan itu terus terbang dari enam lokasi – Pune, Ranchi, Patna, Mohali, Kochi dan Vishakhapatnam – dengan melihat laluan alternatif dan mengisi bahan api di tempat lain.

Kerajaan India pada 2018 merancang untuk menjual saham sebanyak 76 peratus dalam Air India selepas gagal menarik mana-mana pelabur.

Syarikat penerbangan itu, yang diasaskan pada tahun 1932, pernah menjadi syarikat penerbangan terkemuka negara, yang mendapat jolokan ‘Maharaja of the skies’. Tetapi syarikat itu telah berdepan dengan kemerosotan dari segi kewangan dan ia telah kehilangan saham dalam pasaran berikutan dengan pertumbuhan syarikat penerbangan kos rendah.

Kerajaan telah berkali-kali memberi bantuan dan memperuntukkan berbilion ringgit untuk memastikan syarikat itu untuk terus beroperasi sebelum kabinet Perdana Menteri Narendra Modi tahun lalu memberi isyarat untuk menjual syarikat itu. – AFP

Penghantaran bekalan bahan api kepada Syarikat Penerbangan Air India telah disambung semula selepas digantung pada 22 Ogos di tengah laporan bahawa syarikat penerbangan kebangsaan itu menanggung hutang lebih AS$630 juta daripada tiga syarikat pembekal bahan api. – AFP