Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Air kekuningan selamat digunakan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Susulan warna air kekuningan di kebanyakan tempat ketika ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa ia adalah disebabkan cuaca hujan yang berpanjangan dan tidak menentu.

    JKR dalam kenyataannya memberi jaminan bahawa walaupun warna air kekuningan, tahap petunjuk penting bagi kualiti air adalah selamat untuk kegunaan domestik.

    Ia masih dalam had lingkungan yang dibenarkan mengikut garis pandu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Kenyataan menjelaskan bahawa keadaan air mentah dari sungai terutamanya pada musim hujan, mempunyai kadar organik yang tinggi yang menyumbang kepada tahap Hazen atau warna gelap.

    Dalam keadaan demikian, orang ramai tidak perlu bimbang dan pihak jabatan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti air di tahap yang selamat untuk kegunaan domestik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda