Thursday, July 4, 2024
30 C
Brunei

    -

    Air mata Ronaldo tukar jadi sorakan

    FRANKFURT, 2 JULAI – Cristiano Ronaldo pulih dari menangis kerana gagal sepakan penalti ke sorakan gembira apabila pasukannya peroleh kemenangan dramatik  ke atas Slovenia pada pusingan 16 terakhir Euro 2024 awal pagi tadi.

    Ronaldo berpeluang meletakkan Portugal di hadapan lewat dalam masa tambahan pada separuh masa tambahan dalam perlawanan yang sengit tanpa jaringan di Frankfurt.

    Pemain berusia 39 tahun itu bangkit untuk mengambil sepakan penalti selepas Diogo Jota dikasari, tetapi percubaannya berjaya diselamatkan oleh Jan Oblak.

    Selepas menjaringkan 29 sepakan penalti sebelum ini, Ronaldo kelihatan terkejut melihat Oblak berjaya menahan rembatannya dan tergamam kerana tidak percaya.

    Beberapa saat kemudian wisel berbunyi untuk separuh masa dalam masa tambahan dan itu adalah isyarat untuk Ronaldo mula menangis secara terbuka ketika dia berkumpul dengan pemain Portugal.

    Dipujuk oleh rakan sepasukan Joao Palhinha, Ronaldo dapat mengesat air matanya dan terus bermain apabila perlawanan disambung semula.

    Peminat Portugal menyanyikan lagu ‘Viva Ronaldo’ selepas luahan emosinya ditunjukkan di skrin besar di Arena Frankfurt.

    Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu kembali tenang tepat pada masanya untuk penentuan sepakan penalti dan membalas dendam ketika dia menjaringkan sepakan penalti pembukaan untuk meletakkan Portugal di landasan untuk kemenangan.

    Selepas gagal dalam percubaan gol ke kiri Oblak semasa penalti semasa masa tambahan tadi , kami ini dia memilih untuk merembat ke kanan  dan berjaya memperoleh gol.

    Sambil mengangkat tangannya kepada penyokong Portugal sebagai tanda maaf atas kehilangannya sebelum ini, Ronaldo jelas lega apabila dia berjalan kembali untuk menyertai rakan sepasukannya di garisan tengah.

    Kemudian, tiga penyelamatan penalti daripada penjaga gol Portugal, Diogo Costa memastikan pasukan Roberto Martinez itu layak ke pertemuan suku akhir bertemu Perancis.

    “Mula-mula ia adalah kesedihan dan kemudian ia adalah kegembiraan, itulah yang bola sepak berikan kepada anda, detik-detik yang tidak dapat dijelaskan, sedikit daripada segala-galanya,” kata Ronaldo. – AFP

    Percubaan penalti Ronaldo (kanan) dinafikan Jan Oblak semasa perlawanan bola sepak pusingan 16 UEFA Euro 2024 antara Portugal dan Slovenia di Arena Frankfurt di Frankfurt am Main kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...