Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Air pasang merah: Ikan, hidupan laut mati

    GEORGE TOWN, 28 OGOS – Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian air pasang merah yang berlaku di perairan Teluk Bahang dan Sungai Pinang, Balik Pulau, dekat sini sejak Sabtu lepas.

    Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata dalam masa sama pihaknya akan terus memantau fenomena itu yang telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan nelayan di kawasan terlibat kerana banyak ikan dan hasil laut mati.

    “Kejadian itu (banyak ikan mati) dipercayai berpunca daripada red waves (air pasang merah), ini memang satu gejala yang berlaku dari semasa ke semasa dan saya dimaklumkan ada kejadian ini.

    ”Kita (kerajaan negeri) akan dapat maklumat lanjut daripada Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar, kita akan pantau kejadian ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Sementara itu, para nelayan bimbang dengan fenomena itu yang didakwa berlaku sejak dua hari lepas kerana ia telah menyebabkan ikan dan hidupan laut mati, iaitu bermula kira-kira satu kilometer daripada kawasan Rumah Api Pulau Pinang hingga ke kawasan pesisir pantai di sekitar Teluk Bahang. – Bernama

    Chow Kon Yeow menjawab pertanyaan media selepas melepaskan konvoi motosikal sempena Program Jaulah Merdeka Ride To Khaira Ummah 4.0 di Masjid Jamek Jelutong pada 26 Ogos lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda