Tuesday, May 6, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Air segar buatan sendiri

    Ketika keadaan cuaca yang tidak menentu ini di mana sekejap panas terik dan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya boleh mempengaruhi keadaan badan kita.

    Justeru untuk kekal sihat dan dehidasi yang mencukupi apatah lagi pada hari yang panas, pastinya anda akan memilih beberapa variasi minuman segar. Berikut adalah antara jenis-jenis minuman air segar yang anda boleh buat sendiri malahan ia sangat mudah untuk disediakan.

    Pearl Milk Tea

    Pada awal tahun 1980, populariti minuman teh mula meningkat naik tambahan lagi setelah ia dipelbagaikan menjadi pearl milk tea atau bubble tea.

    Minuman ini terkenal kerana jeli berbentuk bulat yang ditambah dalam minuman tersebut yang dikenali sebagai pearl.

    Pearl milk tea ini mungkin harganya agak mahal untuk sebahagian orang kerana ia hanyalah minuman teh susu.

    Namun tidak salah jika kita menikmatinya dan merasa minuman yang telah tular di media sosial ini.

    Oleh itu, untuk menjimatkan wang, di sini akan dikongsikan resepi pearl milk tea buatan sendiri!

    Bahan-bahannya:

    – 2 cawan tepung pulut

    – 2 sudu besar tepung ubi

    – Secubit garam

    – 1 sudu teh esen vanila

    – Perwarna hitam secukupnya

    – Sedikit air utk menguli

    – Gula 3 sudu besar untuk merebus pearl

    Cara menyediakannya:

    1) Campurkan semua bahan. 2) Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan tidak melekat ditangan.

    3) Gentel kecil-kecil sehingga siap. Rebus dengan air gula sampai masak (paling sedap gula Melaka) dan siap.

    4) Anda boleh mencampur-kannya dengan teh susu atau minuman lain.

    Air detox

    Antara khasiat minuman campuran buah-buahan dan sedikit herba ini adalah untuk penyingkiran toksin termasuk membuang angin dalam badan.

    Bahan-bahan

    – 1 biji limau gedang (grapefruit), dipotong

    – ½ timun (dihiris)

    – ½ buah lemon (dihiris)

    – 1 biji buah limau nipis (dihiris)

    – Daun pudina

    – Sedikit halia (dihiris nipis)

    – 500 ml air

    Cara-cara membuat

    1) Hiris semua buah-buahan tersebut tanpa diperah airnya.

    2) Campurkan kesemuanya ke dalam jug yang berisi dengan 500ml air.

    3) Ambil beberapa daun pudina dan masukkan ke dalam jug tersebut.

    4) Simpan ke dalam peti sejuk selama tiga ke empat jam dan sedia untuk diminum.

    Air buah naga

    Bahan-Bahannya:

    -2 biji buah naga bersaiz sederhana

    – Susu pekat – Agak agak

    – Ais

    – Aiskrim vanilla

    – Laici tin (Ambil buah sahaja)

    – Buah manga (potong kecil-kecil)

    – Buah Kiwi

    – 1 cawan air

    Cara-cara menyediakannya:

    1) Potong buah naga mengikut saiz yang dikehendaki dan lecek sedikit.

    2) Tuang ke dalam mangkuk besar dan campur dengan ais mengikut kesukaan anda.
    3) Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit dan gaul.

    4) Masukkan buah-buahan seperti manga, laici, kiwi.

    5) Jika anda ingin memasukkan aiskrim untuk rasa yang lebih sedap pilih aiskrim vanilla. Siap dihidangkan!

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda