TAPAH – Melata dari ketinggian kira-kira 850 meter, air terjun Lata Kinjang yang juga antara tertinggi di Asia Tenggara, membentuk pemandangan ikonik di Lebuhraya Utara-Selatan, bagaikan menggamit pengguna lebuh raya itu agar singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Terletak kira-kira 18 kilometer dari pekan Tapah, air terjun bertingkat ini yang mengalir deras dari puncak Banjaran Titiwangsa,

