KUALA LUMPUR, 5 MAC – Syarikat penerbangan tambang rendah utama Asia, AirAsia, bekerjasama dengan rangkaian pemantauan perdagangan hidupan liar, Traffic, untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemerdagangan haram hidupan liar dalam sektor penerbangan. Ketua perhubungan kerajaan, hal ehwal global dan kemapanan kumpulan, Shasha Ridzam berkata AirAsia menyedari skop pengaruhnya dan justeru itu komited untuk memastikan keputusan dan tindakan syarikat penerbangan