Sunday, February 9, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    AirAsia dapat emas pada Anugerah Jenama Putra 2017

    KUALA LUMPUR, 3 Nov – AirAsia Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia, telah menerima pengiktirafan emas di bawah kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan untuk selama lapan tahun berturut-turut melalui Anugerah Jenama Putra 2017, menandakan kehadirannya yang terus membuat penerajuan dalam industri.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Aireen Omar dalam satu kenyataan, berkata pencapaian ini memperlihatkan manifestasi sepenuhnya komitmen syarikat penerbangan itu untuk terus cemerlang dalam perkhidmatan serta sebagai ransangan bagi meraih prestasi yang lebih baik.

    Anugerah Jenama Putra yang dianjurkan oleh Persatuan Agen-agen Pengiklanan Bertauliah Malaysia, menjadi salah satu daripada pengiktirafan tertinggi bagi kecemerlangan sesuatu jenama di negara ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda