Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AirAsia komited bangunkan pelancongan

    GEORGE TOWN, 1 Julai – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia hari ini memperkenalkan dua lagi laluan penerbangan antarabangsa secara terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang iaitu ke Hanoi, Viertnam dan Phuket, Thailand dalam usaha membangunkan pelancongan negeri ini.

    Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee berkata AirAsia yakin dapat mengukuhkan lagi hab di Pulau Pinang di samping menggalakkan kedatangan pelancong.

    “AirAsia berharap untuk terus meningkatkan kedatangan pelancong dan pada masa sama dapat menghubungkan Pulau Pinang dan komuniti di utara kepada lebih banyak destinasi antarabangsa menerusi rangkaian AirAsia,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Beliau berkata, penerbangan terus empat kali seminggu dari Hanoi serta penerbangan terus harian dari Phuket merupakan laluan baharu ketujuh dan kelapan AirAsia Group ke Pulau Pinang sekali gus mengukuhkan lagi hubungan ASEAN di rantau ini, selain melalui hab Kuala Lumpur.

    Lee berkata, AirAsia kini mendahului permintaan pasaran Pulau Pinang yang menawarkan 68 peratus laluan terus sejak April lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda