AirAsia menang anugerah syarikat penerbangan kos rendah dunia kali ke-7

MUSCAT, 29 NOV – AirAsia Bhd memenangi anugerah syarikat penerbangan kos rendah terkemuka dunia untuk tahun ketujuh berturut-turut oleh Grand Final World Travel Awards (WTA).

Syarikat penerbangan kos rendah yang berpangkalan di Malaysia itu muncul pemenang, mendahului syarikat penerbangan global lain termasuk Air Arabia, Easy Jet, Fast Jet, Fly Dubai, Flynas, Jet Blue, Jetstar Airways, Norway, Ryan Air, Southwest Airlines serta West Air .

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata AirAsia mendapat tempat teratas dalam kategori itu selepas menerima undi paling banyak daripada pelancong dan profesional industri, mengatasi pesaingnya.

“Kami sangat teruja atas pengiktirafan sebagai juara dunia sekali lagi oleh pengamal industri dan pelancong,” katanya.

AirAsia juga membawa pulang anugerah krew kabin terbaik syarikat penerbangan kos rendah buat tahun ketiga berturut-turut.

Ketua Krew Kabin Kumpulan Suhaila Hassan berkata anugerah ini merupakan bukti dedikasi syarikat ke arah kecemerlangan perjalanan udara. – Bernama

AirAsia menerima pesawat Airbus A321neo yang pertamanya beberapa hari lalu di Hamburg Jerman. – Bernama