Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    AirAsia mulakan penerbangan ke Hua Hin

    KUALA LUMPUR, 28 Feb – Syarikat penerbangan AirAsia akan memulakan penerbangan terus empat kali seminggu dari sini ke Hua Hin, Thailand, bulan depan.

    Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata laluan dengan kod penerbangan AK itu adalah yang ketujuh ke Thailand selain menyediakan rangkaian terbesar di ASEAN dan menghubungkan dunia ke kawasan kurang dikunjungi di rantau itu.

    Ketua Komersialnya, Spencer Lee berkata syarikat penerbangan itu membawa kira-kira 1.3 juta penumpang dari Kuala Lumpur ke Thailand dan yakin Hua Hin akan muncul sebagai destinasi percutian pilihan terbaharu yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan bagi kedua-dua lokasi terbabit.

    “AirAsia pada masa ini mengendalikan 165 penerbangan sehala setiap minggu ke Thailand termasuk Bangkok (80 kali seminggu), Phuket (35 kali seminggu), Krabi (21 kali seminggu), Hat Yai (7 kali seminggu), Chiang Mai (14 kali seminggu), Pattaya (4 kali seminggu) dan terbaharu Hua Hin,” katanya. – Bernama

    CEO Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes ketika berucap pada Sarawak Dialog 2018. Menurut syarikat itu, AirAsia bakal memulakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hua Hin, Thailand bulan depan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda