Monday, February 10, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    AirAsia perkenalkan laluan KL-Bhubaneswar

    KUALA LUMPUR, 23 Feb – AirAsia Bhd memperkenal laluan Kuala Lumpur ke Bhubaneswar, India, berkuat kuasa 26 April, 2017.

    Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata pengenalan laluan berkenaan menandakan laluan ke-14 syarikat penerbangan itu ke India dengan penerbangan terus kali seminggu ke Bhubaneswar, ibu negeri Odisha.

    “Promosi tambang rendah bermula dari RM99 sehala boleh ditempah mulai 23 Feb hingga 5 Mac 2017 bagi tempoh perjalanan mulai 26 April hingga 27 Okt, 2017,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aireen Omar berkata dengan Bhubaneswar kini dalam rangkaiannya, AirAsia meneroka potensi perjalanan udara antarabangsa dari Kuala Lumpur ke timur India dan kawasan sekitar.

    “Pada masa yang sama, penduduk Odisha boleh menggunakan Bhubaneswar sebagai pintu masuk ke rangkaian meluas kami ke ASEAN dan lainnya, serta akses ke lebih 120 destinasi,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda