Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Airasia tawar promosi tambang sifar

    KUALA LUMPUR, 6 MAC – Syarikat penerbangan tambang rendah utama Asia, AirAsia, menawarkan sebanyak enam juta tempat duduk promosi, termasuk tempat duduk dengan kadar sifar, ke banyak destinasi popular di Malaysia dan luar negara.

    AirAsia berkata pelanggan boleh menikmati tempat duduk promosi untuk perjalanan mulai 8 Mac, 2020, hingga 1 Julai, 2021.

    “Tempahan dibuka kepada orang ramai dari 9 Mac hingga 15 Mac, 2020, manakala tempahan untuk ahli BIG dan BigPay bermula 8 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Katanya ahli BIG boleh menikmati penerbangan domestik dengan diskaun dari serendah RM12 satu hala untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar dan Kota Bharu.

    Ahli BIG juga boleh menikmati kadar serendah RM71 satu hala untuk perjalanan dengan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke destinasi di luar negara, termasuk Fukuoka, Seoul dan Gold Coast.

    Selain Jepun, Korea Selatan dan Australia, destinasi antarabangsa di bawah promosi itu termasuklah Thailand, Indonesia, Kemboja, Vietnam, India dan Taiwan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda