KUALA LUMPUR, 29 APRIL – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd kini dalam proses meneliti semula pesanannya dengan Airbus dan tidak akan menerima sebarang penghantaran pesawat baharu tahun ini.
Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Datuk Kamarudin Meranun dalam kenyataannya, hari ini. Laporan sebelum ini menyatakan bahawa pengeluar pesawat Eropah itu melepaskan tempahan enam pesawat AirAsia yang sebaliknya akan dijual ketika krisis industri penerbangan terus meruncing susulan pandemik COVID-19.
Kamarudin yang berkongsi pengalaman lampau AirAsia menjual dan memajak pesawatnya pada akhir 2018, berkata keputusan itu telah memberi lebih banyak ruang untuk kumpulan tersebut menumpukan aspek pertumbuhan berbanding pemilikan pesawat pada hari ini. – Bernama