Thursday, November 14, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    AirAsia tunggu kelulusan laluan KL Bhubaneswar

    NEW DELHI, 31 Jan – AirAsia menunggu kelulusan daripada Directorate General of Civil Aviation India untuk memulakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Bhubaneswar pada Mac tahun ini.

    Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia itu akan melancarkan perkhidmatan baharu tersebut sebaik sahaja ia menerima kelulusan rasmi daripada pengawal selia penerbangan India dalam rancangannya untuk meningkatkan hubungan antarabangsa dan trafik pelancongan negeri Odisha di timur India.

    Pengarah Eksekutif Pihak Berkuasa Lapangan Terbang wilayah timur India, Sanjay Jain berkata pengendali lapangan terbang itu akan memberi sokongan penuh kepada AirAsia bagi perkhidmatan penerbangan tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda