Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    AirAsia X terus catat peningkatan

    KUALA LUMPUR, 2 Nov – Prestasi operasi AirAsia X Bhd (AAX) pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 2017, terus menunjukkan kemajuan syarikat dengan jumlah penumpang meningkat 23 peratus tahun ke tahun kepada 1.50 juta penumpang.

    Dalam statistik operasi awal yang dikeluarkan di sini hari ini, AAX berkata pertumbuhan tersebut mengatasi pertumbuhan kapasiti tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK) sebanyak 21 peratus, tahun ke tahun, didorong oleh permintaan kukuh pada akhir Ogos, susulan cuti Hari Kebangsaan serentak dengan cuti sekolah dan sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia.

    Syarikat terus memacu permintaan untuk memenuhi kapasiti tambahan yang disuntik pada suku ketiga 2017 walaupun suku ketiga pada lazimnya antara suku tahun yang paling rancak, dengan faktor muatan penumpang (PLF) naik kepada 79 peratus, meningkat satu mata peratusan, tahun ke tahun, dengan sokongan pertumbuhan ASK sebanyak 18 peratus, tahun ke tahun, kepada 9,135 juta.

    Pada suku tahun tersebut, AirAsia X Malaysia menambah kekerapan di laluan Kuala Lumpur – Taipei sejajar dengan strategi syarikat untuk mengukuhkan pasaran Asia Utara, menurut AAX.

    Saiz kumpulan pesawat kekal sebanyak 22 pesawat A330 berikutan tiada pesawat baharu ditambah kepada AirAsia X Malaysia pada suku ketiga 2017,” katanya.

    Mengenai prestasi syarikat sekutunya, AirAsia X Thailand mencatatkan PLF kukuh sebanyak 86 peratus, meningkat satu mata peratusan, berbanding 85 peratus pada tahun lepas manakala jumlah penumpang yang dibawa naik 3.2 peratus, tahun ke tahun, kepada 359,941 penumpang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda