KUALA LUMPUR, 2 Mei – Pasaran dalam talian dan perkhidmatan hospitaliti, Airbnb, telah memperkenalkan fungsi/penapis bagi carian perniagaan pelancongan sedia (BTR), menjadikannya lebih mudah dan cepat bagi ahli perniagaan untuk mencari dan menempah Airbnb yang sesuai untuk mereka bekerja.
Fungsi ini boleh didapati pada komputer peribadi dan telefon bimbit. “Sekarang, ahli perniagaan boleh menapis hasil carian bagi penyenaraian perniagaan pelancongan, yang akan memberi jaminan kemudahan yang mesra perjalanan bisnes seperti WiFi, peralatan mandian, ruang kerja, seterika, penyangkut baju dan sebagainya,” kata portal pelancongan itu dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama