Friday, April 18, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Airbus, AMIC bekerjasama kaji rantaian bekalan SAF

    KUALA LUMPUR, 10 APRIL – Airbus dan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) memeterai satu perjanjian kerjasama penyelidikan dan teknologi bagi meneliti rantaian bekalan bahan api penerbangan mampan (SAF) di serata Asia Pasifik.

    Pengeluar pesawat global itu menyifatkan kerjasama itu sebagai langkah penting dalam mengenal pasti peluang serta mengoptimumkan proses yang menyokong pengeluaran SAF, sekali gus menyumbang kepada usaha penyahkarbonan industri penerbangan.

    “Usaha penyelidikan bersama itu akan menumpukan negara-negara ASEAN dan negara Asia Pasifik terpilih.

    “Sebahagian daripada perjanjian itu menetapkan kedua-dua pihak akan mengumpul dan menganalisis data kritikal dari seluruh rantau ini selain mengkaji arah aliran dan dinamik yang mempengaruhi ketersediaan dan pengeluaran bahan mentah SAF,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Airbus berkata kedua-dua pihak akan turut meneliti bahan mentah dan laluan disahkan di bawah rangka kerja Skim Pengimbangan dan Pengurangan Karbon Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa bagi Penerbangan Antarabangsa (ICAO-CORSIA) dan mengenal pasti calon berpotensi untuk kemasukan pada masa depan.

    Ketua Pegawai Kemampanan Airbus, Julie Kitcher, berkata Airbus komited untuk memacu kemajuan ekosistem SAF di peringkat global yang turut membuka potensi rantau Asia Pasifik. – Bernama

    Gambar bertarikh 19 Julai 2018 menunjukkan sebuah pesawat Airbus ‘BelugaXL’ mendarat di Toulouse-Blagnac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda