FRANKFURT AM MAIN, 31 Mac – Syarikat aeroangkasa Airbus merancang untuk membina jet pejuang Eropah generasi baru, kata ketua pertahanan kumpulan itu hari ini, berharap mendapat keuntungan daripada komitmen Old Continent untuk mencapai sasaran perbelanjaan pertahanan NATO.
“Kami pada masa ini menggabungkan bersama kajian prarekaan untuk menunjukkan bagaimana rupa bentuk pesawat udara itu nanti,” kata ketua eksekutif Pertahanan dan Angkasa Airbus, Dirk Hoke memberitahu akhbar harian perniagaan Jerman, Handelsblatt.
“Kami sudah berbincang secara intensif dengan kerajaan-kerajaan Eropah.”
Kebanyakan negara-negara EU juga berhasrat untuk merangsang perbelanjaan pertahanan, ketika tekanan memuncak dari Rumah Putih Donald Trump bagi sekutu-sekutu NATO untuk meningkatkan bajet ketenteraan bagi mencapai sasaran perikatan sebanyak dua peratus daripada keluaran dalam negara kasar.

Jet pejuang Airbus masa depan – dikenali sebagai “Sistem Senjata Generasi Seterusnya (Next Generation Weapons System – NGWS) – akan memiliki kualiti teknikal baru yang lebih luas,” kata Hoke.
Ia akan ‘menggabungkan yang terbaik di kedua-dua dunia’ pesawat udara dikendalikan manusia dan pesawat tanpa kendalian manusia, dengan pesawat dikendali manusia dapat bekerja ‘dalam gabungan dengan sekawanan dron,” katanya lagi.
“Projek seumpamanya tidak lagi akan dibiayai oleh setiap negara’ di Eropah, kata Hoke. – AFP