BARCELONA, 28 Feb – Airspan dan Sprint sangat berbangga kerana telah dipilih sebagai pemenang bagi anugerah Kejayaan Cemerlang Teknologi Mudah Alih Terbaik sebagai pengiktirafan dalam menjadi perintis dan kejayaan mengaturkan kedudukan bagi sel kecil dalaman tanpa wayar yang pertama, Magic Box, yang direka khas untuk meningkatkan kecekapan rangkaian, menambahkan kelajuan data dan mempertingkatkan pengalaman pengguna.
“Kami amat gembira kerana Magic Box kami yang berinovatif ini telah diiktiraf oleh GSMA dan hakim-hakim di dalam kategori yang sangat kompetitif dengan beberapa syarikat terbesar di dunia,” kata Robert Kingsley, Pengarah bagi Sel Kecil dan Pembangunan WiFi di Sprint.
“Kesederhanaan dalam pemasangan dan kecerdasan terbina dalam bagi Magic Box telah menjadikan pengalaman rangkaian pelanggan kami lebih baik pada setiap hari.”
“Perkongsian kami dengan Sprint menjadikan kenyataan keupayaan yang telah dijanjikan sekian lama mengenai sel-sel kecil untuk meningkatkan kecekapan rangkaian dan memperluaskan liputan dan keupayaan rangkaian secara keberkesanan kos,” kata Eric Stonestrom, Ketua Pegawai Eksekutif Airspan Networks.
“Magic Box itu akhirnya menjawab seruan untuk satu penyelesaian pemasangan sendiri, berkos rendah, berprestasi tinggi kepada isu-isu liputan rangkaian.”
Anugerah Kejayaan Cemerlang Teknologi Mudah Alih Terbaik itu menyoroti sumbangan yang dilakukan oleh Pengendali Mudah Alih, pengeluar, dan pembekal untuk meningkatkan penggunaan mudah alih, mengembangkan pengalaman pengguna, dan membantu mengembangkan peluang-peluang perniagaan.
Kategori yang sangat luas ini termasuk komponen, mikropemproses, memori, cipset, skrin, audio, bateri, sistem pengendalian, API untuk sekadar menyebutkan beberapa nama sahaja dan bahkan melihat pada inovasi reka bentuk dan faktor bentuk.
Ia mengiktiraf kepelbagaian yang betul-betul hebat bagi ekosistem mudah alih global kerana ia terus membuat pembaharuan dan menambahkan dimensi baharu kepada pengalaman pelanggan, dan Sprint dan Airspan diberi penghormatan untuk menjadi penerima anugerah GLOMO 2018. – Bernama