Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aisar Khaled beli rumah kedua

    Personaliti media sosial, Aisar Khaled meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki kediaman kedua pada usia 23 tahun.

    Menurut Aisar, rumah teres tiga tingkat berharga RM1.5 juta itu juga akan diubah suai menjadi ruangan pejabat untuk memajukan lagi perniagaannya.

    “Ini rumah kedua saya, kali ini bukan di Kuala Lumpur tapi di Selangor. Harga rumah ini lebih kurang sejuta lebih.

    “Rumah tiga tingkat ini juga akan saya gunakan sebagai pejabat nanti,” katanya kepada mStar.

    Mahu berkongsi rezeki dan melihat orang muda lain berjaya, Aisar bercadang untuk melahirkan lebih ramai usahawan baharu pada masa akan datang.

    Aisar teruja dapat beli rumah kedua pada usia muda. – Agensi

    Justeru itu, rumah ini juga akan dijadikan sebagai pejabat hibrid untuk dia mengembangkan lagi perniagaan yang dijalankan sebelum ini.

    “Saya nak lahirkan lebih ramai usahawan, saya juga rancang nak jalankan beberapa perniagaan yang mana boleh menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.

    “Pada masa sama saya juga ingin berkongsi rezeki pada mereka yang memerlukan.

    Itu tujuan saya beli rumah ini,” katanya lagi.

    Meskipun sering menerima kritikan dan kecaman warganet sebelum ini, Aisar memberitahu dia tidak terkesan atau peduli dengan kata-kata mereka.

    Sebaliknya dia memilih untuk terus berjuang demi mencapai cita-citanya.

    “Bagi saya, manusia pastinya tidak pernah puas tapi saya bersyukur.

    Saya pun dah tak macam dulu dah banyak perkara positif mula diterima warganet.

    “Jangan pernah serik sekalipun menyerah dalam perjuangan, berjuang untuk kesenangan.

    “Dulu saya pernah malu untuk mencari kesenangan, tapi itu tak mematahkan semangat untuk saya terus maju ke depan.

    “Dulu saya pernah jatuh saat disisihkan tapi saya teruskan hidup tanpa pedulikan sindiran.

    Apa yang kita usahakan bukan untuk kesenangan semata, tapi cuba untuk mendapatkan keredaan,” kongsinya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda