Friday, September 20, 2024
34.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aisha Retno kecewa ada rakan dengki

    Ketika kerjaya seni semakin berkembang baik, penyanyi Aisha Retno tidak menakan ada rakan dalam industri seakan-akan kurang senang melihat pencapaiannya.

    Menurut Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, dia berasa kecewa dengan perubahan sikap seorang rakan artis senior yang dilihat cuba menjauhkan diri secara tiba-tiba.

    “Saya tidak tertekan dengan warganet kerana sudah biasa menghadapi mereka tetapi saya agak kecewa dengan rakan industri yang cuba menunjukkan sikap kedengkian.

    “Kelakuan mereka (rakan industri) tidak berlaku secara terang-terangan tetapi saya boleh tahu dan rasa niat sebenar mereka.

    “Saya boleh rasa perubahan itu, ada yang cuba menjauhkan diri,” katanya kepada mStar.

    Aisha berkongsi perkara itu menerusi sidang media peringkat akhir The Hardest Singing Show (THSS) yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

    Dalam pada itu, Aisha memberitahu dia sebenarnya tidak suka untuk melayan ‘drama’ kerana bimbang diri hilang fokus lebihlebih lagi ketika ini sedang bersaing dalam program The Hardest Singing Show (THSS).

    “Mungkin ada segelintir orang yang lebih suka untuk menjauhkan diri. Saya kurang gemar dengan drama-drama ini.

    “Bila ada anasir negatif ini datang, sudah tentu saya tertekan tetapi mujur saya mempunyai team yang boleh melarikan tumpuan saya untuk memikirkan tentang perkara itu,” ujarnya. – Agensi

    Aisha terus memberi fokus terhadap kerjaya nyanyian dan enggan berkiran negatif. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda