Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Aisha tak cemburu ramai simpan gambar Aziz Harun

    Penyanyi Malaysia, Aisha Retno, menegaskan dia hanya berkawan rapat dengan Aziz Harun walaupun sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi lagu Senyum itu.

    Kata Aisha, justeru, dia tidak cemburu sekiranya ramai wanita menyimpan foto berukuran pasport penyanyi asal Brunei itu di dalam dompet mereka.

    “Kami hanya kawan, dalam dompet saya pun tiada gambar Aziz. Namun saya akui dia adalah individu yang menyaksikan perjalanan turun naik saya sebagai artis.

    “Dia rajin memberikan cadangan apa yang saya boleh lakukan untuk masa hadapan. Tak sangka kami boleh serapat ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

    Penyanyi lagu Sutera itu dalam masa yang sama mengakui tidak menolak ada pihak yang mungkin tidak senang melihat dia dan Aziz sering bekerjasama.

    Aisha tidak cemburu sekiranya ramai wanita menyimpan foto Aziz. – Utusan Malaysia

    Namun, penyanyi berusia 24 tahun itu menganggap perkara tersebut sebagai lumrah hidup anak seni.

    “Saya tidaklah pernah menerima mesej amaran di media sosial sebab rapat dengan Aziz.

    “Tetapi tidak dinafikan saya pernah didatangi individu yang pandang saya satu macam dan bertanya adakah saya penyanyi yang berduet dengan dia.

    “Namun saya tidak ambil hati malah menganggap itu perkara biasa. Peminat saya pun ada yang bertindak sama terhadap Aziz,” tambahnya.

    Terkini, selepas berkolaborasi dalam lagu Jarak, Aisha dan Aziz bakal kembali dengan buah tangan terbaharu yang akan diperdengarkan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

    “Melihat kepada lagu Jarak yang merekodkan jumlah penstriman tertinggi. Atas permintaan ramai, kami membuat keputusan untuk berkolaborasi sekali lagi namun kali ini untuk sebuah lagu Hari Raya.

    “Semuanya masih dalam proses. Kami pernah perdengarkan sedikit lagu ini kepada pendengar dan ia menjadi tular. Saya tidak sabar untuk melancarkan versi penuh nanti,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...