Friday, April 18, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aiskrim unik diilhamkan daripada jubin pagoda

    BANGKOK – Di bawah cahaya terik matahari, pengunjung ke Kuil Dawn yang terkenal di Thailand pada hujung minggu tidak sabar untuk mendapatkan dua aiskrim berbentuk unik yang terbukti popular disebabkan butiran rumit yang diilhamkan oleh jubin mercu tanda pagoda.

    “Ia berbeza dan cantik,” kata penduduk Thailand, Doungkamon Koedthong, 29, sambil memegang aiskrim dengan berlatarbelakangkan kuil, juga dikenali sebagai Wat Arun, untuk gambar disiarkan di Instagram.

    Dua aiskrim itu – satu perisa santan kacang kupu-kupu dan satu lagi perisa teh susu Thai – dibentuk mengikut plat seramik biru dan butiran bunga pagoda besar itu, menurut pengeluar aiskrim Pop Icon.

    “Thailand kaya dengan warisan budaya tetapi ia tidak dipersembahkan atau dilihat dalam perspektif baharu,” kata pemilik dan pereka sajian sejuk Pop Icon, Sirinya Hanpachearnchoak, 34 tahun.

    Saya fikir jika kami meletakkan identiti kuil pada aiskrim, orang ramai mungkin menghabiskan lebih banyak masa untuk mencari butiran (di pagoda) yang kadang-kadang terlepas pandang oleh mereka,” katanya.

    Popsikel ‘Flower of Dawn’ juga semakin popular dalam kalangan pengunjung asing yang ingin mencari kelegaan daripada cuaca panas di Bangkok.

    “Ia benar-benar menyegarkan. Saya berasa amat panas, jadi ia benar-benar lazat,” kata pelajar perubatan berusia 22 tahun, Sherin Babu, dari Manchester di United Kingdom.

    Dijual pada harga 89 baht sejak Mei, aiskrim itu diperbuat secara eksklusif untuk Kuil Fajar, di mana pengilang berkata hasil keuntungan akan disalurkan kepada kuil untuk pendidikan dalam agama Buddha dan perbelanjaan perubatan. – ANN/The Nation

    Ais krim berbentuk unik yang terbukti popular disebabkan butiran rumit yang diilhamkan oleh jubin mercu tanda pagoda. – Gambar ANN/The Nation
    Gambar ANN/The Nation

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda