Tuesday, April 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aisyah Aziz sah bergelar isteri

    Penyanyi Malaysia, Aisyah Aziz selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail pada Jumaat.

    Menurut mStar, berita gembira itu dikongsi media di Singapura iaitu Mediacorp Warna 942 menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook.

    “Alhamdulillah, kini mereka bergelar suami dan isteri. Kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada Aisyah dan suami.

    “Semoga dapat membina keluarga yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah, insyaAllah,” tulis kenyataan tersebut.

    Pasangan itu dilaporkan melangsungkan pernikahan di sebuah masjid di Singapura dengan disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat.

    Bagaimanapun tiada butiran lanjut dikongsi Mediacorp Warna 942 berhubung perkahwinan pasangan berkenaan.

    Pada Februari lalu, Aisyah berkongsi khabar gembira memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya dalam masa terdekat.

    Penyanyi lagu Bila Entah itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkara tersebut dan memberitahu bakal suaminya bukanlah seorang penggiat seni.

    Difahamkan, jejaka yang berjaya menambat hatinya itu ialah abang kepada seorang pendakwah selebriti yang juga suami kepada pengacara popular. – Agensi

    Aisyah selamat bernikah pada Jumaat. – Media Hiburan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda