Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    AITI anjur aktiviti untuk belia, warga emas

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun (MYCE) 2022, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) telah menganjurkan beberapa aktiviti bagi memeriahkan suasana di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    AITI menganjurkan Brunei Content Festival yang dimulakan dengan pameran pada hari ini hingga esok, di Dewan Perpaduan dengan matlamat untuk mempromosikan kandungan televisyen dan penyiaran tempatan serta memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan tempatan, penerbit, pengarah, pembuat filem, bakat dan pemain industri yang mana festival ini akan mempamerkan ciri tempatan, drama dan filem pendek. 

    Selain itu, bagi memperingati Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia (WTISD) 2022 di Negara Brunei Darussalam, AITI, disokong oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Jerudong Park Medical Centre telah menganjurkan seminar mempromosi kesedaran awam tentang bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu orang ramai menjalani kehidupan yang berkualiti, terutamanya ketika negara sedang menuju ke arah transformasi digital.

    Orang awam termasuk warga emas yang berdaftar di bawah Pusat Kegiatan Warga Emas dan JAPEM telah menghadiri seminar tersebut.

    Di samping itu, AITI turut menganjurkan beberapa kelas ICT bagi para pelajar Tahun 7 dan Tahun 8 untuk memperkenalkan kelas coding manakala bagi para warga emas untuk meningkatkan literasi digital mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...