Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    AITI, BIL meterai MoU pembangunan ICT

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) mencatatkan sebuah mercu tanda signifikan menerusi penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) dalam kolaborasi bersama Makmal Inovasi Brunei (BIL).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh AITI, di sini, penandatanganan MoU berkenaan telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan AITI dan BIL yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun bersempena dengan Brunei Startup Summit 2024 pada 24 Januari lalu.

    Menandatangani MoU bagi pihak AITI ialah Pemangku Penolong Ketua Eksekutif Kumpulan Pembangunan Industri, Dayang Siti Zuraura binti Haji Mohammad dan BIL diwakili oleh Pengurus Besar, Freddie Ting Lik Wei.

    Turut menandatangani MoU berkenaan selaku saksi ialah Ketua Eksekutif AITI, Ir Haji Jailani bin Haji Buntar dan Pengerusi BIL, Haji Amirul Shahnoel bin Mohd Noeh.

    MoU itu dijadikan sebagai rangka kerja mantap bagi kerjasama antara AITI dan BIL dalam memupuk sebuah persekitaran inovasi serta kerjasama. Perjanjian itu dilaksanakan bagi mengenal pasti projek-projek yang berpotensi dan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang bermanfaat bersama khusus kepada memajukan lagi pembangunan industri ICT.

    Antara bidang utama yang menjadi tumpuan dalam MoU berkenaan ialah pembangunan kapasiti digital, penyelidikan dan pembangunan dan industri-industri baharu serta mengendalikan program-program kesedaran.

    MoU itu menggariskan dedikasi kedua-dua buah organisasi bagi meningkatkan landskap teknologi di Negara Brunei Darussalam melalui inisiatif kerkjasama dengan memacu inovasi dan menjana impak berpanjangan.

    Melalui MoU itu, AITI dan BIL berhasrat untuk memangkin pertumbuhan sektor ICT, menyumbang kepada kemajuan teknologi Negara Brunei Darussalam.

    Ir Haji Jailani (kiri) dan Haji Amirul Shahnoel bergambar dengan perjanjian yang dimeterai. – GAMBAR SERAHAN AITI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...