BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Untuk menyediakan pengguna dengan pengalaman lebih baik dan kesenangan mengendalikan akaun mereka sendiri, interface pengguna perkhidmatan dalam talian Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Brunei Darussalam (AITI) akan dinaik tarafkan dan dipertingkatkan mulai 1 Mac depan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, inisiatif ini dilaksanakan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pengguna portal.
Peningkatan termasuk pemasangan panduan interaktif terbaharu untuk membantu pengguna baharu mengenai proses langkah demi langkah untuk perkhidmatan yang disediakan dalam portal serta ringkasan akaun untuk setiap laman perkhidmatan untuk akses yang lebih baik untuk pelbagai lesen, permit dan permohonan.
Perkhidmatan dalam talian AITI pertama diperkenalkan pada 30 Mei 2017, sebagai satu alternatif kepada perkhidmatan kaunter pelanggan fizikal. Sebagai respons terhadap pandemik COVID-19, AITI telah melaksanakan peningkatan proses dan komunikasi pelanggan untuk menyokong tempoh penutupan kaunter yang dilanjutkan.
Dengan perkhidmatan dalam talian AITI, pelanggan boleh menikmati ciri-ciri seperti kemudahan menghantar permohonan dan membayar permohonan yang diluluskan dalam talian tanpa perlu hadir di pejabat AITI, proses pengesahan permohonan automatik yang membenarkan masa lebih pendek untuk mengkaji permohonan yang dihantar oleh unit AITI relevan semasa waktu pejabat serta akses kepada semua rekod permohonan sebelum dan sekarang. Perkhidmatan Dalam Talian AITI boleh diakses menerusi https://online.aiti.gov.bn.