Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aizat Amdan abadi kepayahan sebagai peninju dalam lagu

    Meminati sukan Muay Thai sejak 2015 memberi ilham kepada penyanyi Aizat Amdan untuk menulis lagu terbaharunya berjudul Tegap Berdiri.

    Aizat atau Muhammad Aizat Amdan, 35, berkata lagu berkenaan terhasil secara tidak sengaja semasa mengendalikan sesi podcast bersama rakan dan abangnya, Amar Amdan.

    Cerita Aizat. ketika itu mereka sedang rancak berbincang mengenai zaman kegemilangan sukan bola sepak negara sekitar tahun 1998 sekali gus menjadi bait di dalam lagunya.

    “Mesej lagu ini tentang perjuangan, ada kalanya menang dan ada kalanya kalah dalam hidup.

    “Sudah menjadi lumrah kehidupan di mana ada pasang surutnya, kadang kala naik dan turun, namun paling penting, kehidupan perlu diteruskan dengan minda positif,” katanya.

    Menurut Aizat, lagu berkenaan turut mendapat sentuhan bersama Mel Ramlan dan Izzy Musa selain mengambil masa setahun untuk dihasilkan.

    Dia yang kini bergelar peninju Muay Thai berkata muzik video lagu berkenaan turut mengisahkan kesukaran perjalanannya menceburi bidang sukan itu.

    “Muzik video ini mengisahkan perjalanan saya ketika mula-mula menceburi sukan Muay Thai, dari latihan yang biasa-biasa sehinggalah perlawanan pertama pada 12 Oktober lalu.

    “Memang nampak senang, tetapi realiti sebenar dunia sukan penuh dengan kerja keras, sangat menguji dan mencabar fizikal serta minda.

    Jelas Aizat, menerusi lagu ini juga dia menunjukkan dirinya yang sebenar meskipun pernah dikenali sebagai Aizat AF, Ai.Z mahupun Aizat Amdan.

    “Saya cuba jadi diri sendiri, versi diri saya yang paling asli, dan tranformasi itu penting buat semua orang kerana ada pertumbuhan di situ.

    “Saya suka tonjolkan beberapa sisi lain Aizat Amdan, kerana semua yang saya lakukan adalah atas nama seni,” jelasnya. – Agensi

    Aizat harap peminat terhibur dengan lagunya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda