Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ajai teruja dapat cipta lagu untuk Awie

    Bagai mimpi jadi kenyataan, penyanyi dan komposer Ajai tidak menyangka dapat bekerjasama dengan idolanya iaitu Datuk Awie menerusi lagu berjudul Cerita Rindu.

    Ajai atau Mohd Faizal Maas, 50, mengakui teruja apabila diberi kepercayaan buat julung kalinya menerbitkan sebuah lagu buat vokalis kumpulan Wings itu, kongsi mStar.

    “Saya pernah bertemu dengan Awie ketika masih di bangku sekolah dan menyimpan impian agar kami dapat bekerjasama suatu masa nanti.

    “Saya dibesarkan dengan lagu dendangan Awie sejak zaman bersama Kumpulan Exists lagi,” katanya.

    Lagu Cerita Rindu merupakan lagu runut bunyi filem Rebel: Berontak Untuk Berotak yang sudah pun ditayangkan bermula bulan ini.

    Walaupun diaggap legenda, Awie senang menerima pendapat Ajai. – Agensi

    Dalam pada itu, Ajai menyifatkan lagu Cerita Rindu ini memberikan sentuhan berbeza daripada mana-mana karya ciptaannya sebelum ini.

    Jelasnya, proses pembikinan lagu itu menitikberatkan aspek pernafasan bagi menyesuaikan dengan keselesaan dan cara nyanyian penyanyi itu sendiri.

    “Kali ini, ia berlainan sikit dengan sentuhan daripada saya dari segi phrasing pernafasan, tapi masih lagi meletakkan citarasa Awie.

    “Setiap penerbit ada cara berbeza untuk menerbitkan lagu setiap artis kerana setiap lagu mempunyai pernafasannya tersendiri.

    “Apa yang penting, lagu ini tidak stereotype dan sama seperti yang pernah dihasilkan penerbit lain sebelum ini,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda