Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ajak keluar ‘dating’ lepas rompak kediaman

    INDIANAPOLIS, 26 JUN – Seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki melakukan rompakan bersenjata di sebuah kediaman di Indianapolis sempat mengajak mangsa keluar ‘dating’ sejurus menambahnya sebagai kenalan di Facebook.

              Wanita itu, Amber Beraun sedang menyemak suratnya sebelum Damien Boyce didakwa menahannya dengan pistol, merompak wang tunai AS$100, lapor United Press International memetik laporan daripada WRTV Indianapolis.

    Beraun berkata lelaki itu kemudian memintanya mencari akaun Facebook dan menambahnya sebagai kenalan ketika suspek hanya memerhati. – Bernama

    Gambar Freepik

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda